Ahad, 3 Julai 2011

dugaan cinta jarak jauh

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu,Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia...insyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan